APAKAH KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH
Daun Belalai Gajah
SEJARAH
Nama pokok tanaman herba ini dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan nama tempatan dipanggil sebagai Pokok Belalai Gajah atau Gendis.
Tidak jelas bilakah pokok ini menjadi terkenal kepada umum, tetapi mula diperkatakan dalam tahun 2005, yang pastinya mengikut cerita dari mulut ke mulut pokok ini diberi nama Sabah Snake Grass berdasarkan pada cerita yang mengesahkan seorang pelabur dari Pulau Ketam datang ke Sabah untuk mencari tempat yang sesuai bercucuk tanam tanaman pokok herba, bersama dengannya ada sejenis pokok yang dipercayai dapat menghalau ular.
Bila pelaburan tanaman pokok herba gagal dan tidak mendapat sambutan, dia meninggalkan tempat itu dengan meninggalkan semua tanaman, tanaman ini kemudiannya di beri nama sebagai Rumput atau pokok Ular oleh penduduk setempat.
Tanaman ini juga digunakan secara meluas di Thailand sebagai rawatan gigitan ular atau apa
sahaja jenis serangga berbisa dan juga digunakan sebagai ubat gatal dan ubat rawatan kulit bertoksik.
Di Sabah, ia juga digunakan sebagai herba rawatan buah pinggang dan ia juga dikenali sebagai pokok buah pinggang, didalam bahasa cina ia digelar “Shen Cao” minuman dari perahan daun segar atau melalui rendaman dalam air panas (seperti teh) diminum untuk membuang biasa dan racun dari dalam buah pinggang.
Jus perahan menggandungi Chlorophyll yang membantu dalam membuangan toksik dalam badan. Daun Clinacanthus nutans Lindau telah lama digunakan secara tradisional di Thailand sebagai ubat anti-inflamasi untuk merawat gigitan serangga, jangkitan herpes dan tindak balas alergi. Daun belalai gajah mempunyai kandungan ‘chloropyll’ yang tinggi. ‘Chloropyll’ adalah bahan semulajadi yang kaya dengan minerals, serat, anti-oxidants, vitamin dan protein.
Dengan kemajuan teknologi tinggi yang kami miliki, perahan daun ini kami berjaya membentuk dalam bentuk astract ( serbuk ) hasil kajian menunjukan dalam bentuk serbuk Astract lebih stabil dan selamat di gunakan dalam jangka masa yang panjang terutama mereka yang terkena penyakit buah pinggang.
Kebaikan dan kelebihan SSG sebagai penawar kanser sebenarnya di ketahui setelah salah seorang kerabat di Raja Thailand sembuh secara misteri akibat mengamalkan jus SSG ( Jus ssg di campur dengan beberapa bahan lain .. Antaranya Jus Apple dan Jus Lemon menjadi bahan yang paling popular. Salah satu teknik rawatan SSG therapy ini, jus SSG ini di minumsetiap 4 , hasil dari pengalaman saya hampir 80% pesakit yang mengamalkanya therapi ini kesakitan dan denyutan pada ogan yang terkena kanser tersebut lenyap hanya 24 jammengamalkanya. SSG sangat bekesan sebagai agen menahan sakit.
PRODUK-PRODUK DARIPADA EKSTRAK
DAUN BELALAI GAJAH (SABAH SNAKE GRASS)
No comments:
Post a Comment