Pengguna Belalai Gajah mendengar taklimat daripada Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron, (tiga dari kiri), ketika melawat Ladang Belalai Gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
ARTIKEL mengenai khasiat daun belalai gajah yang diterbitkan oleh ruangan ini pada 12 November tahun lalu mengundang reaksi di kalangan para pengguna daun herba itu.
Mereka tampil mahu berkongsi pengalaman masing-masing dengan harapan ia akan membantu ramai lagi orang yang mengalami penyakit yang kadang kala sukar untuk sembuh.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Dalam satu pertemuan di ladang belalai gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini, pengguna produk daun belalai gajah jenama UTURN keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd. menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khasiat daun berkenaan.
Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.
Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.
Penyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat.Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.
Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.
Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.
Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.
Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas.
Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam.
"Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,'' ujarnya.
Nasibnya mula berubah apabila diperkenalkan dengan produk belalai gajah oleh Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron sejak Mei tahun lalu.
Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779.
Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.
"Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah," katanya.
Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.
Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi.
"Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.''ujarnya
Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut.
Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121112/ag_01/Belalai-gajah#ixzz2Q8Y9BdCr
© Utusan Melayu (M) Bhd
SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010.
Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini.
Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia.
Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan fungsi daun belalai gajah bagi memenuhi harapan ribuan pesakit kronik di negara ini.
"Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
"Orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes dan gastrik boleh mendapatkan manfaat daripada daun belalai gajah ini," katanya ketika ditemui di Seremban, baru-baru ini.
Hazmi menarik perhatian, meski pun kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai, ia masih ada kekurangannya.
Katanya, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.
"Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat," ujarnya.
Berikutan itu, katanya, syarikatnya telah menghasilkan ekstrak daun belalai gajah yang dijadikan suplemen dalam bentuk moden yang mudah diambil.
Terdapat empat jenis produk iaitu daun segar, serbuk dengan campuran perisa, kapsul dan teh uncang.
"Bagi menghasilkan produk ini, kami membuka ladang menanam pokok belalai gajah seluas 15 ekar yang disewa daripada peneroka Felda Sendayan mulai 14 Disember tahun lalu.
"Ladang ini adalah model ladang herba kluster Rembau di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) dan kami adalah usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan," katanya.
Menurutnya, pokok belalai gajah mula ditanam pada Januari tahun ini dan tuaian yang pertama dibuat pada Mac dengan setiap ekar mampu menghasilkan kira-kira 1 tan daun tersebut.
Katanya, daun yang dipetik akan dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk.
"Daun akan dicuci sebelum dikeringkan dengan ketuhar dan direbus sehingga pekat. Cecair itu kemudian akan diekstrak menjadi serbuk," ujarnya.
Pada masa ini, produk serbuk dengan jenama UTurn dibuat dengan campuran perisa epal hijau dan lemon tanpa bahan kimia. Ia juga tidak menggunakan gula tetapi fruktus seberat 20 gram untuk setiap uncang.
Suplemen itu dihasilkan dengan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
Hazmi berkata, pada masa ini, syarikatnya menghasilkan sebanyak 2,000 kotak UTurn seminggu yang diedarkan di lebih 2,500 outlet di Lembah Klang.
"Kami bercadang untuk mengeluarkan 4,000 kotak seminggu sebaik saja kapasiti pengeluaran kilang ditingkatkan," tambahnya.
Produk UTurn telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan (MAHA NS 2012) di Seremban pada Julai lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121112/ag_01/Belalai-gajah#ixzz2Q8Y9BdCr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment